Pemburu
Tiket Murah
Join Telegram
ICNKorea Selatan
Visa & ETA

Panduan Daftar K-ETA

Diterbitkan 2 min bacaPemburu Tiket Murah

Korang ada plan nak travel ke Korea Selatan? Kalau ada maka korang kena pastikan korang telah daftar K-ETA.

So baca panduan di bawah kalau korang nak daftar K-ETA

  1. Pendaftaran boleh dilakukan melalui laman web rasmi K-ETA atau aplikasi mudah alih K-ETA.
  2. Selepas permohonan pendaftaran, korang perlu masukkan maklumat yang diperlukan (cth. alamat e-mel, maklumat pasport) dan muat naik gambar berwarna dengan betul.
  3. Perlu diingatkan bahawa keputusan untuk menyerahkan kebenaran perjalanan akan dimaklumkan melalui e-mel dalam tempoh 24 jam selepas pendaftaran dihantar.
  4. Keputusan boleh dilihat di laman web rasmi dengan memasukkan nombor pendaftaran.
  5. Semua pelancong pemegang pasport dengan perjanjian pengecualian visa (visa waiver agreement) yang akan memasuki Korea Selatan mesti mempunyai K-ETA. Walaubagaimanapun, dalam tempoh yang ditentukan oleh pihak berkuasa Korea, penumpang yang merupakan warganegara 22 negara yang layak tidak perlu mendapatkan K-ETA terlebih dahulu.
  1. Yuran pentadbiran sebanyak KWR 10,000 (termasuk cukai) perlu dibayar. Hanya terima pembayaran kad kredit.
  2. Tempoh sah adalah 2 tahun dari tarikh pemberian (K-ETA terpakai untuk perjalanan berulang semasa masih berkuat kuasa).

Untuk butiran lanjut, korang boleh layari laman web rasmi K-ETA.